22 Ogos 2009

Munajat

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Lagu : Munajat
Kumpulan : Rabbani

21 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani Dalam Kenangan


Sebentar tadi, jam 6.00 petang berkesempatan menonton Ustaz Asri Dalam Kenangan di TV3. Kehilangan jelas dirasai. Suaranya yang mengalunkan zikir serta melagukan irama nasyid sangat terkesan oleh sesiapa pun. Tiada gantinya. Masih teringat lagu Ketika Cinta nyanyian duet bersama siti dan lagu Munajat semasa di Konsert Sinar Maulidurrasul. Meruntun perasaan. Sebak pun ada. Tapi itulah janji Allah. Setiap yang hidup akan mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...


Gambar Kenangan di Pejabat Rabbani Selepas
Majlis Berbuka Puasa 1429H di Hotel Singgahsana

Ramadhan Al Mubarak

Hari ini, Syaaban 1430H tinggalkan kita. Hanya beberapa detik saja lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk kita bernafas, berfikir dan beramal.

Sempena Ramadhan Al Mubarak, sama-samalah kita raikan dengan penuh kesyukuran. Perhebatkan amal ibadat. Fokuskan amalan wajib seterusnya yang sunat. Kawal nafsu dan elakkan pembaziran.

Jangan lupa pada golongan yang memerlukan. Sifat dan sikap bantu-membantu ajaran islam. Ingatlah, alam ini bersifat syncronize. Kebaikan yang diberi, kebaikan juga yang diperolehi.

Allah tahu apa di dalam hati kita. Mohon maaf pada semua di atas segala kesalahan dan kesilapan..

Lafaz Niat Puasa


Doa Berbuka Puasa


20 Ogos 2009

Gula

Hari ni mkmy pergi sehingga 8 kedai mencari gula. Akhirnya dapat juga 1kg. Semakin pelik tapi memang benar. Isu gula dah jadi penyakit bermusim. Seperti wabak berjangkit yang bermula di suatu tempat dan akhirnya menjangkiti semua tempat. Pihak berkuasa perlulah proaktif menangani masalah ini. Tidak perlu hanya mengeluarkan kenyataan 'keanak-anakan' saja.

Ayat-ayat standard yang selalu kita dengar.
"Gula diseludup"
"Gula kena sorok"
"Gula mencukupi di pasaran"

Kesian,
Cu Piah nak buat tepung talam tak ada gula
Pak Tam nak minum kopi 'o' tak ada gula
Tok Hendon nak buat kuih Karas tak ada gula
Pak Kob nak jual air kat pasar malam tak ada gula
Semut nak makan gula pun takde gula


Dari 8 kedai yang mkmy pergi tadi, bila bertanya : "Gula ada?"
1. Mini Market Ulu Bernam : "Gula tak ada"
2. Kedai Runcit Ulu Bernam : "Sudah 3 hari saya tak ada gula!"
3. Kedai Borong : " u datang esok mungkin ada gula, tapi tak leh janji"
4. Kedai Runcit : Geleng kepala saja..
5. Mini Market Yat Fong : "Tak ada"
6. Kedai Runcit sebelah Yat Fong : "Tak ada"
7. Kedai Borong Sebelah Beriani Gam : "Adik datang esok tengah hari mungkin ada. Akak tak leh nak
janji. Kerana gula kepala akak kena jahit sebab eksiden...."
8. Kedai Runcit Ulu Behrang : "Ada 1 kg saja. lebih tak boleh. Ini 'mintiri' cakap gula ada di pasaran.
tapi saya tak tau la...mungkin semua gula ada di rumah dia. Itu pasal dia cakap pandai.."

Fikir-fikirkan la...

Apa pun, bersabarlah bagi orang-orang yang beriman, setiap apa yang berlaku ada hikmah dan petunjuk dari Allah. Perbanyakkan senyum, perhebatkan zikir. Itu lebih manis...

19 Ogos 2009

APC 2008


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 selesai sudah. Persoalan terjawab. Semua warga pekerja merasai perasaan yang berbaur-baur. Ada suka, ada duka & ada serba salah.. Cerita di pejabat, kedai kopi, Skype, YM, Facebook dan di mana saja berkisar cerita yang sama. Insyaallah menjelang ramadhan akan tenang semula.

Walau bagaimana pun, jika percaya pada Allah, tahulah bahawa ini semua ketentuanNYA. Anugerah yang diberi adalah rezeki. Bukan nikmat semata-mata tetapi merupakan ujian agar sentiasa beringat dan beramal.

Insyaallah, rezeki yang diberi perlu dikongsi bersama...