19 Ogos 2009

APC 2008


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 selesai sudah. Persoalan terjawab. Semua warga pekerja merasai perasaan yang berbaur-baur. Ada suka, ada duka & ada serba salah.. Cerita di pejabat, kedai kopi, Skype, YM, Facebook dan di mana saja berkisar cerita yang sama. Insyaallah menjelang ramadhan akan tenang semula.

Walau bagaimana pun, jika percaya pada Allah, tahulah bahawa ini semua ketentuanNYA. Anugerah yang diberi adalah rezeki. Bukan nikmat semata-mata tetapi merupakan ujian agar sentiasa beringat dan beramal.

Insyaallah, rezeki yang diberi perlu dikongsi bersama...

1 ulasan:

jiejah berkata...

teruskan lagi untuk penulisan yang lebih berkesan & menarik..caiyuk2!!